Saturday, 20 April 2013
Penamaan Calon Cipta Sejarah
PUTRAJAYA 20 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 579 kertas penamaan calon bagi 222 kerusi Parlimen dan 1,324 bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang tempoh penamaan calon hari ini.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, daripada jumlah itu, tiga kertas pencalonan untuk kerusi DUN ditolak namun tiada pencalonan untuk kerusi Parlimen yang ditolak.
Penolakan kertas-kertas penamaan calon oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya adalah disebabkan terdapat mereka yang datang menyerahkan kertas penamaan didapati tidak mempunyai kelayakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Proses penamaan dan pengumuman calon di seluruh negara berjalan lancar dengan proses penamaan kali ini adalah antara paling cepat berbanding pada pilihan raya lalu, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Menurut beliau, tidak ada calon yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Parlimen dan DUN serta tiada calon yang menarik diri sehingga tempoh penamaan berakhir pada pukul 10 pagi.
Beliau berkata, sebanyak 132 kerusi Parlimen menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 57 pertandingan tiga penjuru, 24 pertandingan empat penjuru, tujuh pertandingan lima penjuru, satu pertandingan enam penjuru dan satu pertandingan tujuh penjuru.
Sebanyak 320 kerusi DUN melibatkan pertandingan satu lawan satu, 107 pertandingan tiga penjuru, 42 pertandingan empat penjuru, 25 pertandingan lima penjuru, 10 pertandingan enam penjuru dan satu pertandingan tujuh penjuru," kata beliau lagi.
Kamaruddin berkata, berdasarkan senarai calon bertanding, daripada 579 calon kerusi Parlimen, 221 ditandingi Barisan Nasional (BN), 73 (Pas), 99 Parti Keadilan Rakyat (PKR), 51 (DAP) dan 28 (State Reform Party - Star).
Tidak ketinggalan sembilan kerusi Parlimen ditandingi Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia - Berjasa, lapan (Parti Maju Sabah - SAPP), enam (Parti Pekerja Sarawak - SWP), dua (Parti Kesejahteraan Intan Tanah Air - KITA), dua (Parti Cinta Malaysia - PCM), satu (Parti Bersatu Sasa Malaysia - Bersama) dan 79 calon Bebas.
Tambah beliau, daripada 1,321 calon kerusi DUN, 505 merupakan calon BN, 236 (Pas), 172 (PKR), 102 (DAP), 49 (Star), 41 (SAPP), 11 (KITA), lima (Berjasa), empat (Bersama), tiga (PCM), dua (Parti Sosialis Malaysia - PSM) dan 191 calon Bebas.
Sementara itu, seramai 523 calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen terdiri daripada calon lelaki dan 56 calon wanita.
Di peringkat DUN pula, 1,209 calon yang bertanding merupakan calon lelaki dan 112 calon wanita.
Kamaruddin berkata, bagi kerusi Parlimen, seramai lapan calon berada dalam kategori umur 21-29 tahun, 77 calon (30-39 tahun), 145 calon (40-49 tahun), 223 calon (50-59 tahun) dan 126 calon berusia 60 tahun ke atas.
Bagi kerusi DUN pula, seramai 26 calon berada dalam kategori 21-29 tahun, 176 calon (30-39 tahun), 455 calon (40-49 tahun), 492 calon (50-59 tahun) dan 172 calon lagi berusia 60 tahun ke atas.
SPR berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon pada hari ini dan sepanjang tempoh penamaan calon berlangsung SPR tidak menerima sebarang laporan atau insiden yang tidak diingini sehingga mengganggu atau menjejaskan perjalanan proses penamaan calon, ujarnya. Sumber Utusan Malaysia
Calon dah DAFTAR...
Sekitar majlis penamaan Calon P121 Barisan Nasional, Lembah Pantai kesayangan kami semua, YB Senator Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin. Ditemani oleh isteri tersayang iaitu supporter utama Datin Nafesah Raja Nong Chik. Tidak ketinggalan turut hadir kedua anakanda, menantu yang yang paling penting supporter yang menjadi nadi Calon P121, Lembah Pantai all the Lembah Pantai Voters. Cakap Banyak tak nak. Meh tengok sendiri. Gambar dibawah menceritakan segala-galanya bagaimana kami semua penyokong-penyokong setia calon kami. Semoga kemenangan akan berpihak kepada calon kami dengan izin NYA. DIA maha mengetahui. amin.
SOKONGAN KAMI.....
TIDAK BERBELAH BAGI....................
Tuesday, 16 April 2013
PRU13: Senarai calon BN Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR - Berikut ialah senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi 13 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan untuk pilihan raya umum ke-13 yang diumum Pengerusi BN Wilayah Persekutan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
1. Kepong: Datuk Chandrakumanan Arumugam (PPP)
2. Batu: Dr Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan)
3. Wangsa Maju: Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah (Umno)
4. Segambut: Jayanthi Devi Balaguru (Gerakan)
5. Setiawangsa: Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Umno)
6. Titiwangsa: Datuk Johari Abdul Ghani (Umno)
7. Bukit Bintang: Frankie Gan Joon Zin (MCA)
8. Lembah Pantai: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno)
9. Seputeh: Nicole Wong Siaw Ting (MCA)
10. Cheras: Teoh Chee Hooi (MCA)
11. Bandar Tun Razak: Tan Kok Eng (MCA)
12. Putrajaya: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
13. Labuan: Rozman Isli (Umno) - Bernama
Saturday, 13 April 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)