Ketua PDM Bangsar Baru, Lembah Pantai - Tn. Hj. Kamaruddin

Friday, 23 November 2012

Barisan Nasional



Barisan Nasional




Secara asasnya, terdiri daripada gabungan parti-parti politik yang berpegang teguh kepada konsep Barisan Nasional. Gabungan 13 parti komponen ini mewakili keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, suku kaum atau kumpulan etnik.

Bersandarkan kekuatan berkumpulan yang nyata telah menjadikan Barisan Nasional sebagai sebuah parti politik yang besar, gagah, berbeza, ad
il dan berjaya dalam mentadbir negara, sejak dari era Parti Perikatan sehinggalah sekarang.

Berbeza dengan parti-parti politik yang lain, Barisan Nasional tidak lahir dari gagasan ideologi semata. Barisan Nasional lahir dari perjuangan rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat. Dengan meletakkan rakyat di barisan paling utama perjuangan, Barisan Nasional kekal dinamis dalam meneraju negara.

1 Malaysia - Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak....

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Latar Belakang Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Lembah Pantai







Dato' Raja Nong Chik dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 14 Februari 1953 dan berasal dari kerabat diraja Perak. Datuk beliau, Dato’ Dr Mustapha Albakri Hassan ialah pengerusi pertama Suruhanjaya Pilihan Raya dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman. Bapa beliau Raja Dato’ Zainal Abidin Raja Tachik juga seorang penjawat awam dan terakhir bertugas sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak.
Beliau belajar di peringkat rendah di Methodist Boys’ School sebelum meneruskan pengajian di Victoria Institution. Selepas VI, beliau menyambung pelajarannya di Maktab Tentera Diraja. Raja Nong Chik memegang ijazah Ekonomi (Kepujian) dari University of Wales, UK dan ahli Chartered Institute of Management Accountants, Malaysian Institute of Accountants dan Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators.
Beliau merupakan seorang  akauntan bertauliah dan menjadi pengurus di sebuah badan berkanun FELCRA (1978); Pengurus Perancangan Korporat dan Kewangan dengan Kumpulan Fima Berhad (1979); Pengarah Eksekutif OYL Industries (0ng Yoke Lin) (1982) . Kemudian menubuhkan syarikat kerjasama iaitu Razatec Sdn Bhd yang memperkenalkan produk elektrik jenama tempatan iaitu Acson; yang sekarang ini terkenal di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Raja Nong Chik juga pernah menerajui Persatuan Pengilang dan Industri Servis Bumiputera sebagai Presiden dan juga ahli Majlis Inovasi Negara. Beliau juga merupakan Penaung Kuala Lumpur FA.
Sebelum dilantik sebagai menteri, Raja Nong Chik bergiat dalam bidang perniagaan selama 25 tahun .Beliau menjadi pengarah bukan eksekutif Pharmaniaga pada 2 September 1999.
Syarikat Istijuara Sdn Bhd, didakwa milik anak perempuannya, menerima kontrak daripada Kementerian Belia dan Sukan berjumlah RM30 juta pada 2006 .Kontrak itu hanya dimeterai pada 2010.Laman Keadilandaily.com melaporkan mengenai projek "melengkap, memasang dan atau menguji kelengkapan latihan industri" oleh syarikat Istijuara. Surat penerimaan tender pada 24 Ogos 2010 untuk projek di IKBN di Kota Tinggi, Johor. Syarikat Istijuara mendapat tender projek itu pada tahun 2006, dan Raja Nong Chik mengambil alih syarikat berkenaan pada 2007 - sebelum beliau menjadi menteri. Tawaran tandatangan tender itu pada tahun 2010, selepas bangunan itu siap. 
Beliau terlibat dalam politik UMNO Wilayah Persekutuan sejak 1989. Antara tokoh UMNO dari Wilayah Persekutuan ialah Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Setiawangsa); Astaman Abdul Aziz (Titiwangsa) dan Shahrizat Abdul Jalil (Lembah Pantai). 10 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menang di Wilayah Persekutuan seperti Tian Chua, Wee Choo Keong, Lim Lip Eng, Nurul Izzah Anwar, Fong Kui Lun, Dr' Lo' Lo' Mohamad Ghazali, Dr Tan Seng Giaw tidak pernah mengetahui latar belakang Raja Nong Chik dan mengejutkan mereka.
Berikutan kekalahan beberapa tokoh politik UMNO di Wilayah Persekutuan, beliau telah dilantik sebagai Senator pada 2008 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada 8 April 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 9 April 2012, Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di hadapan Tan Sri Abu Zahar Ujang untuk kali ke-2 kecuali Raja Ropiah , kali pertama.

Beliau ditugaskan menjadi Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai setelah kekalahan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.