Saturday, 20 April 2013
Penamaan Calon Cipta Sejarah
PUTRAJAYA 20 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 579 kertas penamaan calon bagi 222 kerusi Parlimen dan 1,324 bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang tempoh penamaan calon hari ini.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, daripada jumlah itu, tiga kertas pencalonan untuk kerusi DUN ditolak namun tiada pencalonan untuk kerusi Parlimen yang ditolak.
Penolakan kertas-kertas penamaan calon oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya adalah disebabkan terdapat mereka yang datang menyerahkan kertas penamaan didapati tidak mempunyai kelayakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Proses penamaan dan pengumuman calon di seluruh negara berjalan lancar dengan proses penamaan kali ini adalah antara paling cepat berbanding pada pilihan raya lalu, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Menurut beliau, tidak ada calon yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Parlimen dan DUN serta tiada calon yang menarik diri sehingga tempoh penamaan berakhir pada pukul 10 pagi.
Beliau berkata, sebanyak 132 kerusi Parlimen menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 57 pertandingan tiga penjuru, 24 pertandingan empat penjuru, tujuh pertandingan lima penjuru, satu pertandingan enam penjuru dan satu pertandingan tujuh penjuru.
Sebanyak 320 kerusi DUN melibatkan pertandingan satu lawan satu, 107 pertandingan tiga penjuru, 42 pertandingan empat penjuru, 25 pertandingan lima penjuru, 10 pertandingan enam penjuru dan satu pertandingan tujuh penjuru," kata beliau lagi.
Kamaruddin berkata, berdasarkan senarai calon bertanding, daripada 579 calon kerusi Parlimen, 221 ditandingi Barisan Nasional (BN), 73 (Pas), 99 Parti Keadilan Rakyat (PKR), 51 (DAP) dan 28 (State Reform Party - Star).
Tidak ketinggalan sembilan kerusi Parlimen ditandingi Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia - Berjasa, lapan (Parti Maju Sabah - SAPP), enam (Parti Pekerja Sarawak - SWP), dua (Parti Kesejahteraan Intan Tanah Air - KITA), dua (Parti Cinta Malaysia - PCM), satu (Parti Bersatu Sasa Malaysia - Bersama) dan 79 calon Bebas.
Tambah beliau, daripada 1,321 calon kerusi DUN, 505 merupakan calon BN, 236 (Pas), 172 (PKR), 102 (DAP), 49 (Star), 41 (SAPP), 11 (KITA), lima (Berjasa), empat (Bersama), tiga (PCM), dua (Parti Sosialis Malaysia - PSM) dan 191 calon Bebas.
Sementara itu, seramai 523 calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen terdiri daripada calon lelaki dan 56 calon wanita.
Di peringkat DUN pula, 1,209 calon yang bertanding merupakan calon lelaki dan 112 calon wanita.
Kamaruddin berkata, bagi kerusi Parlimen, seramai lapan calon berada dalam kategori umur 21-29 tahun, 77 calon (30-39 tahun), 145 calon (40-49 tahun), 223 calon (50-59 tahun) dan 126 calon berusia 60 tahun ke atas.
Bagi kerusi DUN pula, seramai 26 calon berada dalam kategori 21-29 tahun, 176 calon (30-39 tahun), 455 calon (40-49 tahun), 492 calon (50-59 tahun) dan 172 calon lagi berusia 60 tahun ke atas.
SPR berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon pada hari ini dan sepanjang tempoh penamaan calon berlangsung SPR tidak menerima sebarang laporan atau insiden yang tidak diingini sehingga mengganggu atau menjejaskan perjalanan proses penamaan calon, ujarnya. Sumber Utusan Malaysia
Calon dah DAFTAR...
Sekitar majlis penamaan Calon P121 Barisan Nasional, Lembah Pantai kesayangan kami semua, YB Senator Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin. Ditemani oleh isteri tersayang iaitu supporter utama Datin Nafesah Raja Nong Chik. Tidak ketinggalan turut hadir kedua anakanda, menantu yang yang paling penting supporter yang menjadi nadi Calon P121, Lembah Pantai all the Lembah Pantai Voters. Cakap Banyak tak nak. Meh tengok sendiri. Gambar dibawah menceritakan segala-galanya bagaimana kami semua penyokong-penyokong setia calon kami. Semoga kemenangan akan berpihak kepada calon kami dengan izin NYA. DIA maha mengetahui. amin.
SOKONGAN KAMI.....
TIDAK BERBELAH BAGI....................
Tuesday, 16 April 2013
PRU13: Senarai calon BN Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR - Berikut ialah senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi 13 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan untuk pilihan raya umum ke-13 yang diumum Pengerusi BN Wilayah Persekutan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
1. Kepong: Datuk Chandrakumanan Arumugam (PPP)
2. Batu: Dr Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan)
3. Wangsa Maju: Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah (Umno)
4. Segambut: Jayanthi Devi Balaguru (Gerakan)
5. Setiawangsa: Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Umno)
6. Titiwangsa: Datuk Johari Abdul Ghani (Umno)
7. Bukit Bintang: Frankie Gan Joon Zin (MCA)
8. Lembah Pantai: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno)
9. Seputeh: Nicole Wong Siaw Ting (MCA)
10. Cheras: Teoh Chee Hooi (MCA)
11. Bandar Tun Razak: Tan Kok Eng (MCA)
12. Putrajaya: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
13. Labuan: Rozman Isli (Umno) - Bernama
Saturday, 13 April 2013
200 ahli PKR Parlimen Lembah Pantai keluar parti
KUALA LUMPUR - Lebih 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Lembah Pantai bertindak keluar daripada parti itu semalam untuk menyertai UMNO kerana kecewa dengan perjuangan sia-sia dalam parti pembangkang itu selama ini.
Seorang aktivis PKR, Norleha Ghani, 58, berkata, penyertaan dia dan rakan-rakannya ke dalam parti UMNO dibuat selepas mereka tidak lagi mempercayai kepimpinan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Dia yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan tersebut mendakwa banyak janji wakil rakyat PKR itu yang ditabur sejak Pilihan Raya Umum 2008 tidak ditunaikan.
"Kami pada hari ini mengumumkan untuk keluar daripada parti PKR kerana ketidakpuasan kami kepada wakil rakyat yang kami sendiri pilih tapi sayangnya bila sudah menang dia jadi kacang lupakan kulit, lupa kepada pengundi di sini.
"Janji untuk memberi bantuan untuk suri rumah sebanyak RM50, bantuan untuk orang kurang upaya, anak-anak yatim dan ibu tunggal semuanya hanya tinggal janji, tidak pernah ditunaikan," katanya pada sidang akhbar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini semalam.
Dalam pada itu, Norleha yang telah menyertai PKR sejak tahun 1999 turut menyeru kepada pengundi terutamanya di Parlimen Lembah Pantai supaya memberi mandat kepada barisan kepimpinan Barisan Nasional yang lebih berwibawa dalam mentadbir negara. Sumber Kosmo Online
P121 - Lembah Pantai
Terdapat 19 Pusat Daerah Mengundi di Lembah Pantai dan antaranya adalah :-
1. PDM Bangsar Baru
2. PDM Jalan Maarof
3. PDM Bukit Travers
4. PDM Tun Sambathan
5. PDM Taman Lucky
6. PDM Bukit Bangsar
7. PDM Kawasan Unversiti
8. PDM Pantai Baharu
9. PDM Kg Hj Abdullah Hukum
10. PDM Bukit Kerinchi
11. PDM Pantai Dalam
12. PDM Pantai Halt
13. PDM Taman Bukit Angkasa
14. PDM Petaling Selatan
15. PDM Taman Sri Sentosa Utara
16. PDM Kg Bahagia
17. PDM Kg Bohol
18. PDM Taman Sri Sentosa Selatan
19. PDM Pantai Hill Park
1. PDM Bangsar Baru
2. PDM Jalan Maarof
3. PDM Bukit Travers
4. PDM Tun Sambathan
5. PDM Taman Lucky
6. PDM Bukit Bangsar
7. PDM Kawasan Unversiti
8. PDM Pantai Baharu
9. PDM Kg Hj Abdullah Hukum
10. PDM Bukit Kerinchi
11. PDM Pantai Dalam
12. PDM Pantai Halt
13. PDM Taman Bukit Angkasa
14. PDM Petaling Selatan
15. PDM Taman Sri Sentosa Utara
16. PDM Kg Bahagia
17. PDM Kg Bohol
18. PDM Taman Sri Sentosa Selatan
19. PDM Pantai Hill Park
Semak Pemilih....
Bagi pengundi-pengundi baru sila pastikan anda menyemak nama anda serta tempat mengundi yang sebenar. Tempat mengundi sebenar telahpun dipapar di laman web SPR sejak semalam.
Tapi kalau anda tak daftar sebagai pengundi atau mendaftar selepas 1 Januari 2013, nama anda memang tiada, Harap Maklum ya semua. Buatlah Pilihan yang BIJAK ya demi masa depan Negara Malaysia Tercinta.
semakan tempat mengundi anda...http://daftarj.spr.gov.my/
Sila pastikan anda menyemak nama anda serta tempat mengundi yang sebenar. Tempat mengundi sebenar telahpun dipapar di laman web SPR sejak semalam. Tapi kalau anda tak daftar sebagai pengundi atau mendaftar selepas 1 Januari 2013, nama anda memang tiada.
Friday, 12 April 2013
Semangat Kerjasama Berpasukan
Aktiviti PDM Bangsar Baru di Malam hari....
PDM Bangsar Baru akan memastikan Lembah Pantai akan menjadi milik BARISAN NASIONAL selepas PRU 13.. Bahtera BN ini akan dinakhoda kan oleh Dato' Raja Nong Chik. InsyaAllah... =)
Marilah kita semua bersatu di bawah satu bumbung Barisan Nasional... Demi kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia tercinta...
|
KeHANGATAN makin terasa
Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.
Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
“Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka,” kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi
Begitu juga bagi kami semua di PDM Bangsar Baru. Pu3 IT PDM Bangsar Baru sedia berkhidmat. Semangat semakin berkobar-kobar untuk melaksanakan tanggungjawap pada agama, bangsa dan negara. Semoga semangat ini akan berterusan hingga ke akhir nya...In Sha Allah. Amin.......
Letak Jawatan Serta Merta
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali hari ini umum perletakan jawatan beliau berkuatkuasa serta merta. Tindakan ini dilakukan beliau ekoran penyebaran meluas video seks beliau dengan seorang pelacur dari timur tengah di salah sebuah hotel di ibu kota.
Tindakan ini dilakukan beliau ekoran penyebaran meluas video seks beliau dengan seorang pelacur dari timur tengah di salah sebuah hotel di ibu kota.
“Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku 2 tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya”.
Menjawab soalan wartawan, adakah kejadian ini didalangi pihak tertentu yang mahu menjatuhkan beliau, Mustafa menegaskan yang beliau tidak suka membuat tuduhan dan jika terbukti ada dalang disebalik kejadian ini, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa. sumber Watan Harian Online........
Monday, 8 April 2013
Khabar Gembira Buat Guru2 di Malaysia
Untuk menjadi sebuah negara maju, kita perlu memastikan setiap rakyat mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Inilah sebabnya mengapa selama ini Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menitikberatkan kualiti sistem pendidikan negara. #ManifestoBN #PRU13
Manifesto BN for PRU 13
Semoga dengan adanya Manifesto ini rakyat akan BIJAK MEMILIH demi anak-anak
dan cucu cicit kita.........
Saturday, 6 April 2013
Pembangkang tiada kredibiliti tadbir negara, kata Raja Nong Chik.......
KUALA LUMPUR - Isu pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13, yang mencetus percanggahan pendapat di kalangan pimpinan tertinggi parti itu, membuktikan pakatan pembangkang tidak mempunyai kredibiliti bagi mentadbir dan memerintah negara.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, percanggahan pendapat itu jelas membuktikan kepincangan di kalangan pucuk pimpinan PKR, yang sehingga kini dilihat masih gagal memuktamad soal pemilihan calon.
"Kalau masalah keluarga (antara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Nurul Izzah Anwar) pun tidak dapat diselesaikan dengan baik, bagaimana pula mereka mampu untuk menguruskan sebuah negara?" katanya kepada
pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan dan penyempurnaan kerja Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) di kawasan perumahan Bukit Angkasa hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perbezaan pendapat berkaitan pencalonan Wan Azizah antara Anwar, Nurul Izzah dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada pilihan raya umum akan datang.
Anwar, dalam temu ramah dengan stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas dilaporkan sebagai berkata Wan Azizah tidak akan bertanding pada PRU13 manakala Nurul Izzah pula mendakwa perkara itu akan dimuktamad pada hari penamaan calon.
Sementara itu, Raja Nong Chik berkata pencapaian program TP1M, yang berjaya mentransformasi keadaan usang 90 kawasan perumahan kos rendah dan sederhana di seluruh negara, membuktikan kerajaan komited dalam usaha mempertingkat kualiti
kehidupan rakyat.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 44 projek disiapkan di sekitar Kuala Lumpur manakala bakinya di negeri lain termasuk Johor, Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu membabitkan kos RM22.6 juta.
Katanya, program yang diperkenal pada 2010 bertujuan membantu persatuan penduduk perumahan kos rendah dan sederhana rendah swasta dalam soal penyelengaraan itu turut mendapat sambutan menggalakkan dan masih terdapat 61 permohonan di peringkat menunggu sumbangan.
Bagaimanapun, Raja Nong Chik kesal kejayaan itu menimbulkan rasa iri hati pembangkang sehingga sanggup menabur fitnah dengan mendakwa kononnya kos penyelenggaraan di bawah tabung ini terlalu mahal.
Beliau turut membidas pakatan pembangkang yang sehingga kini dilihat gagal menyelenggara kawasan perumahan yang berada di bawah tadbir urus mereka.
"Cuba bandingkan perumahan di sini (Taman Bukit Angkasa) dengan perumahan di Bukit Gasing (Petaling Jaya) yang dibangunkan pemaju yang sama, nampak perbezaan ketara di mana kawasan perumahan di sana usang dan tidak diselenggara dengan baik oleh kerajaan Selangor.
"Kegagalan mengurus dan menyelenggara kawasan perumahan itu juga membuktikan bahawa kerajaan pakatan pembangkang hanya pandai bercakap namun tidak pandai buat kerja," katanya. - Sumber Bernama
Santai Bersama TPM di Lembah Pantai
Pagi ni Timbalan Perdana Menteri iaitu tak lain tidak bukan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin diiringi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai YB Senator Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin telah bersama-sama penduduk-penduduk di Lembah Pantai Parlimen P121 meluangkan masa bersantai minum pagi di Kondo Rakyat di Pantai Dalam.
Menitik Airmata.. :(
Menitik air mata bila membaca email dari Setiausaha Media KWPKB:
KENYATAAN PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PERINGKAT PENGURUSAN, PEGAWAI-PEGAWAI PENTADBIRAN SERTA SELURUH KAKITANGAN KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR SERTA AGENSI-AGENSI:
Dengan iringan doa dan penuh rendah hati, semoga teks ini menemui YBhg Tan Sri / Datuk Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan dalam keadaan sihat walafiat dan sejahtera hendaknya.
2. Dimaklumkan jua, YB Senator Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Pasca-Kabinet KWPKB Bilangan Ke-12 Tahun 2013 (Mesyuarat Pasca-Kabinet terakhir bagi KWPKB untuk Sidang Jemaah Menteri, Parlimen Ke-12) yang diadakan di Bilik Lembaga, Tingkat 29 Menara 1, DBKL pada tengah hari tadi; dengan penuh rendah hati beliau telah merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan serta terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pegawai pengurusan, pegawai-pegawai pentadbiran serta kakitangan sama ada di Kementerian mahupun di Agensi-agensi.
3. YB Senator Dato' yang telah menerajui Kementerian ini untuk tempoh lebih 4 tahun, ternyata amat berpuas hati dengan tahap kemajuan serta pencapaian kesemua KPI dan projek-projek pembangunan yang telah dan sedang dimajukan oleh KWPKB serta Agensi, terutama sekali yang menyokong kepada pelaksanaan Program Transformasi Nasional seperti; Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) hasil pemikiran terbaik untuk rakyat oleh YAB Perdana Menteri.
4. YB Senator Dato' yakin semua kejayaan dan pencapaian KWPKB serta Agensi sejauh ini, tentu sekali didokong sepenuhnya oleh semangat kerja berpasukan serta follow-up / follow-through yang terbaik dan sentiasa menjadi amalan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan. Menurut beliau lagi segala pengalaman dan kenangan menerajui KWPKB tidak sama sekali dilupakan, malah telah menimbulkan rasa sayang yang menebal terhadap KWPKB dan Agensi kerana menurut beliau; semua pihak telah tampil untuk sentiasa bersama-sama dengannya ketika bekerja sama ada dalam keadaan susah atau senang serta bersama-sama berjuang ketika disokong atau ditentang dalam melaksanakan pembangunan.
5. Pada akhir mesyuarat, YB Senator Dato' juga telah merakamkan ucapan maaf kepada semua pegawai dan kakitangan bagi pihak peribadi beliau, sama ada yang melibatkan kesilapan dalam tutur kata, perbuatan atau keputusan-keputusan beliau ketika sebagai Menteri; juga ucapan maaf bagi pihak isteri beliau (YBhg Datin Nafesah Raja Nong Chik) serta pegawai-pegawai beliau sama ada di KWPKB, DBKL dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai.
6. Sehubungan itu mengakhiri emel ini, marilah kita sama-sama mendoakan kehadrat Allah S.W.T; semoga segala perjuangan dan pengorbanan YB Senator Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin kepada rakyat sama ada di Wilayah Persekutuan mahupun dalam arena politiknya di Lembah Pantai, akan mencapai kejayaan yang besar serta dirahmati oleh Allah S.W.T. Didoakan juga hendaknya semoga segala komitmen beliau yang tidak mengenal waktu malam atau siang dalam perjuangan untuk menawan kembali kerusi P121 Parlimen Lembah Pantai pada PRU-13 ini akan mencapai kejayaan paling berharga serta mencatat sejarah buat Negara; apatah lagi kepada beliau secara peribadi yang begitu berpegang kepada prinsip "walk the talk, not walk and talk...".
Sekian untuk makluman dan diakhiri dengan ucapan terima kasih.
Pantun (pada akhir mesyuarat):
Wahai sahabat di Kementerian dan Agensi,
Niat yang baik pasti diberkati,
Bukanlah berakhir perjumpaan ini,
Insya-Allah kita akan berjumpa lagi.
Kepada KSU dan semua Ketua Agensi,
Bimbinglah anak buah dengan rela hati,
Kerja berpasukan itulah kunci,
Maaf dipohon dan salam sayang yang abadi.
(YB Senator Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin)
1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
MD. SHAHRI BIN SARIPAN
Setiausaha Media kepada
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
Wednesday, 3 April 2013
inilah BARISAN kita yang IKHLAS berJUANG
Kami di Barisan Nasional akan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama pemimpi-pemimpin Barisan Nasional yang lain untuk menerajui negara
#BNBagus
#BetterNation
#BN4Malaysia
#Transformasi
#BNBagus
#BetterNation
#BN4Malaysia
#Transformasi
langkah pemimpin2 Barisan Nasional yang penuh gaya dan karisma |
Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti
Subscribe to:
Posts (Atom)