Ketua PDM Bangsar Baru, Lembah Pantai - Tn. Hj. Kamaruddin

Saturday, 23 March 2013

Carta Organisasi - Barisan Nasional


Petugas2 IT - PDM Bangsar Baru




Memperkenalkan wajah-wajah petugas di Unit IT yang akan bertugas di PDM Bangsar Baru. In Sha Allah akan menjalankan tugas sesempurna dan sehabis baik dengan tunjuk ajar dari semua pihak amat kami perlukan. 


Sedia bergempur di Medan PRU-13.......




Rosliza

Ayu & Suriah

Ina & Ida 

Norliza, Zalina & Wana




Siap Sedia ...Gempur

Semalam Sabtu 23 Mac 2013 Jam 11.00 pagi satu Majlis iaitu 'Pelancaran Jentera Pilihanraya Puteri Wilayah Persekutuan' yang telah dengan jayanya disempurnakan oleh YB Senator Dato' Raja Nong Chik Dato' Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai yang bertempat di Saloma Bistro Jalan Ampang telah berlangsung dalam suasana yang cukup bersemangat dan sangat-sangat meriah. 


Semangat keseluruhan warga Puteri Umno Wilayah Persekutuan yang amat berkobar-kobar bagi mengerakkan Jentera-Jentera IT di Bahagian masing-masing jelas terpancar di setiap wajah-wajah yang hadir. Walaupun tarikh sebenar PRU-13 masih samar-samar tetapi semangat mereka tetap jitu dan padu. Semoga semangat ini akan terus kekal sehingga pada hari mengundi yang sebenar yang bak kata orang putih 'just around the corner'. Semoga Tuhan memberkati perjuangan kami ini untuk bekalan anak cucu cicit kami kelak. amin....In Sha Allah dengan izinNYA. 











Thursday, 21 March 2013

Saya Zalim Pada Satu Orang Saja


Perasmian PDM Bangsar Baru

Bertempat di Lorong Maarof pada 14 Mac 2013, jam 9.00 malam telah berlangsung Majlis Lawatan merangkap majlis Perasmian 2 PDM yang berdekatan oleh YBM Senator Dato Raja Nong Chik ke PDM Bangsar Baru, Lembah Pantai & Jalan Maarof. PDM yang terlibat adalah Bangsar Baru yang di pengerusikan oleh Tn Hj Kamaruddin a.k.a En. Cam Dan PDM Jalan Maarof yang di pengerusikan oleh Tn Hj Mohamed Azmi. Hidup BN. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional Lembah Pantai. 



Tun Hj Dr. M


7 Langkah Pengundian



1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh anggota polis yang bertugas mengawal pintu masuk. 

2. Serahkan MYKAD/Dokumen Pengenalan dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.

3. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.

5. Maju ke petak undi dan tandakan 'X' pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen

7. Keluar segera dari Tempat Mengundi.