Ketua PDM Bangsar Baru, Lembah Pantai - Tn. Hj. Kamaruddin

Thursday, 21 March 2013

7 Langkah Pengundian



1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh anggota polis yang bertugas mengawal pintu masuk. 

2. Serahkan MYKAD/Dokumen Pengenalan dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.

3. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.

5. Maju ke petak undi dan tandakan 'X' pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen

7. Keluar segera dari Tempat Mengundi.



No comments:

Post a Comment